Friday 2 August 2013

Pelangi Kehidupan





si anak kecil tengah bermain dekat halaman rumah . si ibu pulak tengah menyulam satu kain dengan tekun . masa si anak tengah bermain , dia tengok ibu dia tekun sangat menyulam sampai tak pandang pun dia main . so si anak ni pun pergi dekat dengan ibu dia n tanya kt ibu , "ibu buat apa ni?" 
si ibu cakap "adik pergi la main , biar ibu buat kerja ibu"
si anak ni tak pergi pun , dia tengok je apa ibu dia buat . bahagian BAWAH kain tu benang tersangkut-sangkut . pastu si anak ni pun tanya lagi dengan ibu . "ibu buat apa ni? buruknya ibu buat ni . tak cantik lah."
si ibu pun cakap kt anak dia "takpelah dik, adik pergilah main . biar ibu buat kerja ibu."
pastu si anak ni pun sambunglah main.. bila dah lama sikit.. si ibu ni pun panggil anak dia "adik ! sini kejap ." 
si anak ni pun cepat2 pergi kat ibu dia. si ibu ni pun tunjukkanlah apa yang dia dah sulam. bila anak ni tengok kain yang bahagian ATAS , dia pun kata "waaaahhhh ! cantiknya ibu, macam2 bentuk ada , ada bunga , burung.. cantiklah ibu.." si ibu ni pun tersenyum pandang anak dia . 


okay , based on cerita ni.. dapat tak kita kaitkan dengan sesuatu ? actually cerita ni ada sampaikan satu mesej . mesej nya ialah.. kita ni kan sebagai hamba Allah , sentiasa pandang  apa yang Allah turunkan untuk kita sebagai pandangan daripada seorang hamba yang lemah , takde ilmu . bagi kita serabut , rimas , tak suka dengan apa yang Allah turunkan/ rancangkan untuk kita . tapi kita tak tahu yang sebenarnya Allah tengah sulamkan perjalanan hidup kita cantik sangat yang akhirnya bawa kebahagiaan dalam hidup kita . so sepatutnya , apa pun yang jadi dalam hidup kita ni , terima dengan redha , yakin yang Allah dah rancang benda yng lebih baik utk kita . hidup ni tak selalu indah . macam2 yang kita kena hadapi . 

                                             
                 
                                 





" sometimes what you want isn't always what you get , but in the end what you get is so much better than what you wanted "

ingat tak ayat ni? 


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan 
dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar” 
(Surah al-Baqarah : 155) 


"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu . Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui...." ( al-Baqarah : 216 )


ujian Allah tu anugerah , ujian Allah tarbiyah diri . bagi saya kan , orang yang diuji Allah tu , teramat amat beruntung sebab Allah still sayangkan dia , tak semua orang akan diuji lagi2 dengan ujian yang berat untuk kita lalui . kuatkan hati , banyakkan bersabar . Innallaha ma'a ssobirin . :')


terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

No comments:

Post a Comment

huhuhu ^^ sila tinggalkan komen ye ? terima kasih sudi baca !