Monday 31 December 2012

mengharap cintaNya :')


Assalamualaikum semua . huhuhu , lama tak update blog . btw , nanti maybe jarang dah nak update blog . tapi selagi mampu , insyaAllah . saya akan update . huhu (panjang pulak intro) kakaka . ok straight to the point , hari ni nak cite sikit pasal cinta . huhuhu ^^ cinta siapa ? jeng jeng jeng... kikiki . jangan risau , cinta Allah . :) heeee~ :DDD
pernah tak kita rasa yang Allah sentiasa dekat dengan kita ? pernah tak kita rasa sekarang Allah tengah tengok kita ? pernah tak kita rasa tenang bila rasa Allah ada dengan kita ? cuba pejam mata . tenangkan fikiran , tarik nafas . bayangkan Allah tengah perhatikan kita , bayangkan kita yang kerdil ni tengah ada depan Dia , cuba rasa yang Allah dekat dengan kita . rasa takk ? hmm.. kalau tak macam mana ehh ? cuba lagi sekali. kalau tak rasa jugak , takpelah . ^^ 

cuba kita muhasabah dengan apa yang saya nak sampaikan ni . semoga ada manfaat pada diri awak yang membaca . 



Dia suruh aku jadi hamba yang solehah ,
tapi aku gagal untuk menjadi seperti yang Dia impikan
.

Dia suruh aku bersabar dan luahkan segala isi hatiku pada Dia ketika ditimpa musibah ,
tapi aku gagal untuk bersabar dan lebih memilih sahabatku sebagai tempat luahan perasaanku.

Dia sentiasa beri aku kasih-sayangNya ,
tapi aku sentiasa beri Dia kekecewaan dengan sikapku ini .
Dia suruh aku tinggalkan segala laranganNya ,
tapi aku lebih memilih untuk melaksanakan laranganNya .


Dia sentiasa menjaga aku ketika aku sakit ,
tapi aku lupa padaNya ketika aku sembuh .

Dia suruh aku tunaikan perintahNya dengan mengamalkan perkara wajib ,
tapi aku lebih memilih meninggalkan segala perintahNya .

Dia memakbulkan segala permintaanku ,
tapi aku lupa untuk bersyukur dengan segala apa yang Dia kurniakan pada diriku ini .

HAKIKATNYA...
Dia masih memberi peluang kepadaku untuk menjadi hambaNya yang solehah ,

Dia masih menemaniku semasa aku diuji dan bersabar dengan apa yang aku lakukan ,
Dia masih memberi kasih sayang padaku walaupun aku balas dengan kekecewaan ,
Dia masih memberi aku jalan dan peluang untuk aku mengubah cara hidupku ,

Dia masih menjaga aku ketika aku sakit dengan penuh kasih dan cintaNya ,

Dia masih menunggu dan bersedia menerima taubatku ,
Dia masih memberikan segala yang aku minta walaupun aku lupa bersyukur padaNya .

tapi..
tiba-tiba , Dia gerakkan aku untuk bangun dari segala penipuan dunia .
Dia timbulkan rasa keinsafan dalam diriku atas segala yang telah aku lakukan .
Dia menyedarkan aku bahawa kasih sayang dan rahmatNya melimpah ruah dan tidak pernah bernoktah .
Dia berikan musibah pada diriku untuk menguji sejauh mana rasa syukur aku padaNya .
Dia kuatkan aku untuk ubah cara hidupku ,
Dia perlihatkan pada aku rupa wanita solehah yang telah menarik perhatianku ,
Dia dedahkan aku dengan cara hidup Islam ,
dan akhirnya
barulah aku dapat merasai betapa sayangnya Dia pada aku .

awak semua.. pernah tak kita fikir semua ni ? pernah tak semua ni berlaku dalam hidup kita ? masih banyak lagi kan yang perlu kita baiki . Allahurabbi.. tapi sayangnya Dia takpernah penat dan jemu dengan karenah kita yang selalu lupa padaNya .
kalau Allah dah sayangkan seseorang , takde siapa pun boleh halang . kann ? sangat-sangat beruntung kepada mereka yang sangat-sangat Allah cintai sampai walaupun apa dia buat akhirnya Allah tetap tarik dia sampailah dia merasakan nikmatnya bila dicintai yang Maha Esa . Allahuakbar ! bayangkan , Allah cinta dia , tak jelous ke ? Allah , tuhan teragung , cintakan dia ! Allahu Allah.. cemburu kann ? kalau Allah dah cinta kita , tentu malaikat pun cinta kita kann ? huhu , bestnyaa ! kalau manusia , normal la . tak kesah la manusia , kat akhirat nanti bukannya manusia yang tentukan kita masuk syurga atau neraka kan ? tapi kalau Allah ? kalau Allah redha dengan kita , dah tentu masuk syurga dengan rahmat dan redhaNya .

"Wahai jiwa yang tenang .
 Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya .
 Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku .
 dan masuklah ke dalam syurga-Ku ." (surah Al-Fajr ayat 27-30)

tapi cuba kita tengok diri kita . Allah pun sayangkan kita jugak . cuma kita tak cuba untuk tarik lagi perhatian Allah sampai Allah sangat-sangat sayang kita . macam-macam cara kita boleh buat untuk tarik cintaNya . antaranya dengan melakukan amalan sunat . contah , solat tahajjud ke , solat taubat ke .

"bila seseorang itu melakukan ibadah wajib , maka dia mencintai Allah . tapi bila dia melakukan ibadah sunat , maka dia dicintai Allah"


sahabat yang diredhai Allah ,
masih ada masa untuk kita tarik perhatian Allah agar Dia mencintai kita . jangan sampai satu hari nanti , Dia tinggalkan kita dan berpaling dari kita . Allahu Allah.. siapa lagi nak tolong kita kat akhirat nnt kalau bukan dengan rahmat dan redhaNya ? Allah bersedia untuk menerima taubat hambaNya . Dia sedang menunggu kita untuk bertaubat padaNya . menangislah keranaNya selagi kita masih hidup . jangan risau , air mata tu yang akan padamkan api neraka nanti . takperlu risau ye ? ^^ jangan sia-siakan peluang yang Allah beri .
ok lah , aasiif kalau ada kekurangan dalam penyampaian saya .
semoga ada manfaat dengan apa yang saya kongsikan . huhuhu . dan semoga awak dalam rahmat dan perlindunganNya , Aamiin ~
Assalamualaikum sahabat fillah ^^


  
terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

Thursday 27 December 2012

hati-hati menjaga hati ~




Assalamualaikum . ^^



hati ialah benda yang paling susah untuk kita jaga . terutamanya bila kita dah jatuh hati pada seseorang . cinta ni fitrah . semua manusia akan rasa . kita tak minta pun , tapi Allah yang hantarkan cinta tu dalam hati kita . tak normal la kalau ada orang takde perasaan cinta kann ? kalau ada jugak , kena hantar pergi hospital la . hahaha . gurau je . 
tapi sayang , ramai yang tak pandai jaga rasa cinta yang Allah kurniakan . kadang-kadang , tanpa kita sedar , kita dah terikut hawa nafsu . beruntunglah bagi mereka yang Allah jaga dia . Allah lindungi dia daripada terjebak dalam menuruti hawa nafsu . nafsu ni la yang paling paling jahat . so kita kena kasi setting dia biar sampai tahap nafsu mutmainnah . heee :)

kalau tengok zaman sekarang , ramai yang kalah dengan nafsu . ramai yang dah bercouple . sedangkan semua dah tahu kan COUPLE IS HARAM ! tapi ramai yang buat-buat tak tahu . sebenarnya ramai kan yang nak berubah . saya tahu , ramai yang nak berubah . saya suka sebab awak ada niat nak berubah . tapi ada yang menghalang niat awak untuk berubah kann ? yela , dengan nafsu yang makin besar , dengan bisikan syaitan yang tak habis-habis , tak henti-henti bisik kat telinga . hmm.. susah jugak kan ? memang mula-mula susah . saya pun pernah cuba tapi tetap kalah . susah sangat nak lawan . tapi Alhamdulillah , Allah tu Maha Baik . banyak kali saya cuba . tapi Alhamdulillah , syukur sangat . Dia tarik balik saya pada jalanNya . kadang-kadang bila dah buat , kita bertaubat . dalam hati cakap "aku dah taknak buat dah . tu kali terakhir aku buat" esok , buat balik . pastu bertaubat balik . kan kann ? cuba awak lawan semua musuh-musuh awak tu . ramai yang boleh berubah . kenapa awak tak boleh . awak boleh , awak kena yakin dengan diri awak . saya pun percaya dengan awak ! :DD

ramai yang bercouple tu sebab awak takutkan orang yang awak suka tu kena rampas la , takut dah kena cop la . apa lah . kan kann ? awak , Allah dah sediakan jodoh yang terbaik untuk awak . kenapa nak jugak endahkan janji Allah pada kita ? janji Allah itu pasti . Dia tak pernah kecewakan hamba-hambaNya . apa yang Allah tetapkan ada sebabnya . Allah taknak awak couple , supaya awak terselamat dari zina . Allah taknak awak couple , supaya awak jaga cinta awak tu untuk bakal zauj/zaujah awak . awak nak ke dia dapat yang second hand punya ? nak ke ? tak kesian ke kat dia ? so jaga hati awak tu . kalau pun awak bercouple dan akhirnya awak kahwin dengan dia , Allah akan tarik separuh dari kebahagiaan awak . nak ke camtu ? taknak kann ? cuba awak fikir , lepas kahwin , apa yang awak nak buat . kalau pasangan tu belum kenal , masa dah kahwin tu boleh la kenal-kenal . baru sweet sikit . tapi kalau awak dah kenal dia masa couple , dah kenal perangai dia semua . apa tinggal ? tak bestla cmtu .
saya tak nafikan . memang susah nak control . saya pun kadang-kadang takboleh nak kawal perasaan saya , apa nak buat ? mengadu je la pada yang mencipta perasaan tu . huhuh ^^ baru tenang sikit . heeee ~

cuba tengok pasangan yang dah putus , sedih kann ? susahkan nak lupakan dia ? haaa, sebab tu Allah taknak awak couple . awak asyik dok fikir dia yang memang takkan ada apa-apa manfaat untuk awak . sian bakal zauj/zaujah awak . awak bazirkan air mata awak semata-mata susah lupakan ex-boyfriend/girlfriend awak . kadang-kadang saya happy bila tengok ada yang dah putus n berharap yang dia takkan couple lagi . awak tak happy ke ? maknanya Allah nak tarik awak balik . Allah tak redha dengan hubungan awak . so kenapa tak amik iktibar dari apa yang dah terjadi dalam hidup awak . takpayah dah bercouple kalau taknak rasa sakit .

sebenarnya saya jelous dengan orang yang betul-betul hati dan perasaan dia untuk Allah . Allahurabbi.. indah sangat . percaya cakap saya , rasa dia indah teramat sangat . rasa tenang , rasa macam kalau ada pape kita mengadu pada Allah . betul tak tipu , saya pernah rasa . tapi rasa tu hilang bila saya suka pada seseorang . tapi Allah tarik balik saya untuk terus berada pada jalanNya . Alhamdulillah , tapi rasa yang saya rasa dulu dah hilang . susah nak dapat dah sekarang . saya masih lagi mencari rasa yang pernah saya rasa dulu . doakan saya yeaa ? antara orang yang jadi inspirasi saya ialah RABIATUL ADAWIYAH . haaa , kenal kann ? rasa cinta dia 100% untuk Allah je . sampai sanggup tak kahwin sebab takut dia akan banyak habiskan masa dengan suami dia n masa untuk Allah sikit je . Allah.. bestkaan ? hm... teringin jadi cmtu . huhuhu ^^ 
 
kalaupun awak ada simpan perasaan kat seseorang , biar ia menjadi rahsia antara awak dan Allah . saya dah dengar banyak cerita yang ada orang ni suka kat orang ni , dia simpan perasaan tu n Alhamdulillah , orang yang dia suka pun suka dia jugak . akhirnya kahwin . woaa :o sweetkann ? pastu ada yang dulu sekolah rendah simpan perasaan kat seseorang ni , then masa dewasa , kerja jumpa balik n akhirnya kahwin . huhu . tu orang cakap , kalau jodoh tak ke mana . ^^ awak.. Allah yang cipta perasaan ni , takkanlah Dia nak siksa kita dengan perasaan ni pulak ? Dia dah sediakan jodoh untuk kita . :) bersabarlah eh ? so , awak yang pilih . nak yang mana ? yang penting percaya pada Allah . okay ? hihik . 



saya minta maaf sangat kalau-kalau kata-kata saya menyinggung perasaan awak . awak fikirkalah kata-kata saya ni . saya doakan supaya awak yang nak berubah terus istiqomah . belum cuba belum tahu dongg . kikikiki .
Assalamualaikum . ^^


                                                                                         

                                                                                              

terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

Mekkah tempat idaman :')







Assalamualaikum . saya nak bercerita tentang tempat yang paling-paling saya teringin nak pergi . saya pasti memang semua umat Islam nak pergi . hoho , kalau dah cakap semua umat Islam , confirm2 la semua dah tahu kann ? kikikiki..
bila tengok je gambar Kaabah , rasa tenang sangat kan ? kadang-kadang rasa sebak pun ada . bila lah agaknya kita boleh ke sana ? bila lah agaknya akan tiba masa tu ? kadang-kadang kalau dengar pun rasa Allah.. tenang sangat . apa yang paling-paling penting ialah lepas dah tawaf tu dosa kita dihapuskan . Allahurabbi.. bestkan ?
saya sangat-sangat teringin nak pergi sana . dulu , mak saya selalu cite tentang pengalaman dia pergi sana . tenang je rasa . kadang-kadang , lepas je saya dengar cerita mak saya , saya senyap-senyap masuk bilik then menangis . menangis sebab teringin nak pergi sana . hihihi . tak malu kan saya ? kikiki.. tapi takpe . sebab benda tu yang melegakan saya ^^ hihi . sampaikan saya mimpi saya pergi sana . bukan sekali , dah empat kali dah . huhuhu . dalam mimpi pun best sangat . bukan senangkan nak jadi tetamu Allah . tapi harap sangat satu hari nanti saya akan jadi tetamuNya . bukan saya seorang , seluruh umat Islam . Aamiin~



Ya Allah.. aku teringin untuk bersujud di hadapan kaabah ,
yang sering didengari di telingaku .
tenang mata memandang , walaupun jauh dari pandangan ,
terasa begitu indah dan sering ku bayangkan jika aku berada di sana .
Ya Allah.. aku ingin ke Mekkah , aku ingin ke Madinah .
yang menjadi impianku sejak kecil lagi .
aku tahu , masanya belum tiba ,
aku percaya dengan ketentuanMu ,
aku redha dengan takdirMu ,
aku percaya masanya akan tiba .
Ya Allah.. aku benar-benar ingin berada di sana ,
merasa dekat denganMu ,
melawat makam junjungan besar Rasulullah SAW , kekasihMu ,
jauh dari kesibukan duniawi ,
beribadah kepadaMu sepanjang waktu .
Ya Allah.. aku berharap agar aku akan berada di sana ,
sebelum tiba ajalku ,
namun begitu , aku akan tetap akur dengan takdirMu .
kerana aku yakin , aku percaya ,
apa yang Engkau takdirkan untuk diriku ,
adalah yang terbaik ,
sungguh , Engkaulah sebaik-baik perancang


saya berharap agar kita semua akan dapat menjejakkan kaki kita ke tanah suci . yang menjadi idaman kita sejak sekian lama . Allahumma Aamiin~ :')
Assalamualaikum ^^

 

terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

Wednesday 26 December 2012

Ya Rasulullah !

Assalamualaikum . semoga awak yang membaca dalam keadaan sihat . hihi ^^
saya harap awak dapat buka hati awak dan merasai apa yang hendak saya sampaikan .

zaman sekarang ni , dah tak ramai yang ingat Rasulullah . siapa Rasulullah pun dah tak kenal . Astaghfirullah.. cuba kita bayangkan apa perasaan baginda kalau tengok umat baginda zaman sekarang ni . memang susah untuk kita merasai cinta orang yang tak ada depan mata . tapi cuba kita ingat balik sejarah baginda . mesti akan timbul rasa kasih dan cinta terhadap baginda . saya pun baru sahaja membaca sirah baginda dari kecil sehingga baginda wafat . masih lagi membaca . sekarang baru sampai zaman dakwah secara kecil-kecilan . banyak lagi yang nak dibaca . lagipun bukunya tebal . tebal-tebal pun bukan halangan untuk kita mengingati riwayat hidup baginda kann ? insyaAllah biznillah , saya akan habiskan buku tu secepat mungkin . sebenarnya saya pun baru sedar yang baginda sangat cinta dan kasih kepada kita . malu sangat sebenarnya . masa tu saya tengah boring jadi saya pun bukak youtube . tiba-tiba teringin nak tengok ceramah ustaz don . kikiki . ternampak pulak "cinta rasul" jadi saya pun bukak . Allahurabbi.. lepas dengar ceramah yang ustaz don kasi , baru terasa betapa sayangnya baginda pada kita . malu sangat-sangat . mesti Rasulullah sedih sangat sebab kita langsung tak ingat baginda .

awak.. cuba kita fikir balik , sepanjang hidup kita , pernah tak kita berikan rasa kasih dan sayang kita kepada baginda ? tak berhak ke baginda terima kasih sayang kita ? tak berhak ke ? kenapa tak berhak ? kenapa ? siapa baginda yang tak layak terima kasih sayang kita ? Allah.. Allah.. sedangkan kita yang akan merayu mintak syafaat pada baginda . malunyaa.. kenapa kita tak boleh beri kasih sayang kita padanya ? kenapa ?

masa baginda mengajak umat-umatnya untuk memeluk Islam , baginda dibaling batu.. Ya Allah.. sakitnya . baginda dibaling BATU . bukan satu , banyak . tapi apa yang baginda cakap "Ya Allah , ampunkanlah mereka . mereka tidak tahu" sampai berdarah-darah . Allahurabbi.. malunya kita pada baginda . Ya Allah.. Ya Rasulullah..
tahu tak masa baginda wafat , Umar takboleh nak terima kenyataan yang baginda dah wafat . sampaikan beliau cakap "Nabi tak mati lagi , Nabi tidur sekejap je , sekejap lagi Nabi bangun . Nabi hidup lagi." sampaikan Umar cakap siapa yang cakap Nabi mati , beliau nak pancung . bila Abu Bakar tengok keadaan dah makin kelam kabut , maka beliau mententeramkan keadaan tu . Allah.. sayangnya mereka pada Rasulullah . kenapa kita tak boleh nak beri kasih sayang kita pada baginda yang sangat-sangat cinta dan rindu kan kita ?

Suatu saat Nabi Muhammad bertanya pada para Sahabat dan pengikutnya, “Wahai Manusia , siapakah makhluk Allah yang imannya paling menakjubkan (man a’jabul khalqi imanan)?”
Para sahabat langsung menjawab, “Malaikat … !”.
Nabi menukas, “Bagaimana mungkin para malaikat tidak berimaan sedangkan mereka pelaksana perintah Allah …?”
Sahabat menjawab lagi, “Kalau begitu, para Nabilah yang imannya paling menakjubkan …!”.
“Bagaimana mungkin para Nabi tidak beriman, sedangkan wahyu turun kepada mereka ..!”, Sahut Nabi.
Untuk ketiga kalinya para Sahabat mencoba untuk memberikan jawaban, “ Kalau begitu sahabat-sahabatmu ya Rasul..!”.
Nabi pun menolak jawaban itu dengan berkata, “Bagaimana mungkin sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan sendiri apa yang mereka saksikan”.
Nabi pun lalu meneruskan kalimatnya, “ Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang akan datang sesudah kalian.
Mereka beriman kepadaku walaupun mereka tidak melihatku.
Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku.
Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu (Quran dan Hadits).
Mereka bela aku seperti kalian membela aku.
ALANGKAH INGIN BERJUMPANYA AKU DENGAN IKHWANKU ITU."
Nabi Muhammad SAW menghibur kita, “Berbahagialah orang yang MELIHATKU dan beriman kepadaku,” Nabi mengucapkan kalimat ini SATU kali.
Sedangkan Nabi mengucapkan kalimat, “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal TIDAK PERNAH MELIHATKU”, sampai TUJUH KALI…
Allahurabbi..
senagaja saya besarkan beberapa ayat supaya awak membacanya dan dapat rasa yang baginda teramat-amat sayangkan kita .
awak.. kita umat baginda , jadi marilah kita bersama-sama meletakkan Allah dan Rasulullah sebagai cinta kita yang utama . marilah kita bersama-sama mengingati baginda Rasulullah . Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa'ala ali sayyidina Muhammad . :')
Sabda Rasulullah "sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah pada zaman kerosakan umat, Allah akan mmberikannya ganjaran 100 pahala mati syahid."
MasyaAllah , 100 pahala syahid , satu pahala syahid pun dan cukup utk kita masuk syurga , bayangkan , 100 ? masyaAllah tabarakallah :') 
jom sama-sama hidupkan sunnah baginda . berselawatlah pada baginda . sokonglah majlis-majlis MaulidurRasul . insyaAllah , akan lahirlah cinta dan kasih kita pada baginda . :') 

Aasiif jika ada kekurangan dalam penyampaian saya . insyaAllah biznillah , saya akan kongsikan lagi mengenai Rasulullah jika ada waktu terluang . 
percayalah , baginda sangat sayang dan rindukan kita . :')
bukak link ni ----> http://www.youtube.com/watch?v=zy0QSK6esLI
semoga penyampaian saya ada manfaatnya pada kalian . terima kasih sudi baca . semoga Allah merahmati kalian . :') Allahumma Aamiin ~
Assalamualaikum ^^

terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

Tuesday 25 December 2012

Maafkan kami !

                                                                      Assalamualaikum . 
adakah kita kesah mengenai mereka yang sanggup berkorban nyawa di sana ? cuba tanya pada diri kita . adakah bernilai bagi kita setiap darah yang menitis di sana ? mereka semua bersatu padu , sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk menyelamatkan Masjid Al-Aqsa di sana . kita di sini sanggup berpecah belah , sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk menegakkan sesuatu yang tak pasti . Allahurabbi.. adakah mereka yang kita sebut dalam doa harian kita ? dulu , heboh cerita pasal Gaza . sekarang , langsung dah tak dengar pun . takde orang yang amik kisah . ni juga sebagai pesanan buat diri saya . Allahurabbi.. mereka di sana tak dapat hidup macam kita di sini . tak kenal erti kealpaan , tak kenal erti kebebasan . baru-baru ni tv al-hijrah ada menyiarkan "Persembahan suara hati Palestin" macam-macam persembahan yang dipersembahkan . Allah.. sedih sangat bila terfikirkan mereka . kanak-kanak sanggup berpisah dengan ayah dan ibu mereka . para wanita di sana tak kira muda mahupun tua bersama-sama memperjuangkan diri demi menegakkan kebenaran . mereka yakin dengan janji Allah . Israel yang kejam tu sanggup membunuh , sanggup mencederakan bakal ahli syurga . muka mereka yang cantik berubah menjadi buruk . Ya Allah.. sedih sangat . kita di sini endah tak endah tentang mereka . memang , memang suatu hari nanti Masjid Al-Aqsa akan runtuh , tapi kita kenalah sokong segala perjuangan mereka . bukan mudah apa yang mereka lalui . bayangkan kalau kita di tempat mereka . setiap masa dalam ketakutan , kelaparan , kesakitan . dermalah semampu yang boleh dan yang paling penting , berdoa buat mereka di sana . Allah Mendengar doa-doa kalian .

"Ya Allah , Engkau berilah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian-Mu . berilah mereka perlindungan-Mu . Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa . Aamiin"

sungguh , Allah teramat sayangkan mereka . :')

terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

Ujian Kehidupan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ^^ semoga hari ni lebih baik daripada hari semalam . InsyaAllah Aamiin . hari ni teringin nak kongsi mengenai ujian kehidupan . semoga ada manfaatnya bagi mereka yang membaca . semua manusia tak pernah lari dari ujian kehidupan . kadang-kadang , ujian yang Allah beri pada diri kita sebenarnya mengajar kita erti kesabaran dan yang lebih penting , ujian yang Allah beri ni lah yang membuatkan diri kita semakin dekat dengan-Nya . Allahurabbi.. sayangnya Allah pada kita kann ? perasan tak , Allah ada pujuk kita dalam Quran ? ada , memang ada . cuma sayanglah sebab kita yang tak cuba untuk membaca surat cinta Allah yang diutuskan kepada Rasulullah , kekasih Allah melalui Malaikat Jibril A.S . semuanya dah sempurna . sebab tu kalau nak hati kita tenang , baca balik Al-Quran . insyaAllah , Allah akan beri kita petunjuk melalui Al-Quran . saya juga pernah diberi petunjuk dulu . tapi ni bukan dari Al-Quran . masa tu tengah sedih sangat2 . Allah je tahu macam mana sedihnya diri saya . biar saya kongsi sikit . masa tu , ada kawan saya yang tengking saya dalam kelas . malu sangat . memang malu . dah takboleh nak cakap apa . saya nak menangis je masa tu . tiba-tiba , saya ternampak satu buku tentang "guru" lebih kurang . saya pun tak tahu kenapa saya amik buku tu . tiba-tiba , saya terbukak muka surat yang bercerita tentang sahabat . tahu tak , buku tu tulis , "kadang-kadang , Allah datangkan seorang sahabat pada diri kita sebagai ujian buat diri kita sendiri . jadi bersabarlah." Allahurabbi.. masa tu rasa macam nak menangis . bukan sebab apa , tapi sebab Allah dah beri petunjuk pada diri saya . masa tu terus hilang rasa sedih dan saya dah tak fikir apa-apa . apa yang ada dalam ingatan saya ialah saya rasa "Allah masih sayang aku." masa tu terus tenang . tu baru dari buku . cuba kalau dari Al-Quran . mesti akan rasa nak baca lagi . yela , Allah pujuk diri kita kan ? siapa tak nak .
Sahabat sekalian ,
Allah uji tanda sayang . jangan pernah mengeluh . Rasulullah dulu lagi hebat ujian yang baginda dapat . kena baling batu , najis , macam-macam . bayangkan rasa sakit masa kena baling batu sampai berdarah-darah . Ya Allah.. sampai malaikat pun tak sanggup nak tengok baginda dibaling macam tu . sampaikan kalau boleh malaikat nak angkat bukit dan letakkan atas mereka biar hancur . Allahurrabi.. tapi apa Rasulullah cakap ? "Ya Allah , ampunkanlah umat-umatku , mereka semua tidak tahu" Ya Allah... bayangkanlah . begitu sayangnya baginda pada umat-umatnya . apa kita rasa kalau satu batu yang dibaling pada kita ? satu batu pun belum tentu-tentu tahan . tapi Rasulullah ? sampai berdarah-darah . Allahurabbi.. terukkan ? kita punya ujian pun tak sampai macam tu . mulut manusia pun memang tak boleh nak tutupkan ? selalu je ada benda yang kita buat semua salah dimata mereka . ni salah tu salah . apa kita boleh buat , bersabar je lah kan ?

Nabi Musa dulu pernah memohon pada Allah supaya Allah menghentikan kejahatan mulut kaumnya . Allah S.W.T berfirman : "Wahai Musa , itu belumlah seberapa bila dibandingkan dengan yang mereka lakukan kepadaKu . Sesungguhnya Aku menciptakan mereka dan memberi mereka rezeki , namun mereka masih mencela dan mengejekKu ."
 

Allahurabbi..

Walau apa pun ujian yang kita alami . biarlah ianya menjadi rahsia antara kita dan Allah . tak perlu beritahu rakan-rakan kita . tak perlu menagih simpati pada mereka . mereka tiada apa yang kita perlukan . tapi Allah , Dia ada apa yang kita perlukan . mengadu pada Dia , Dia yang turunkan ujian pada kita , sudah tentu lambat laun Dia juga yang akan menghentikan segala kedukaan kita . Allah tak pernah siksa kita . Dia tersangat-sangat sayang akan hamba-hamba-Nya . cuma kita yang tak pernah cuba untuk merasai kasih-sayang yang Dia berikan .

"Sungguh kasih sayangKu melebihi kemurkaanKu"
kita sering kata , "aku dah takboleh nak teruskan hidup . aku dah tak larat ." awak.. awak tahu tak , bila awak dah ditimpa ujian , dah tiba masanya untuk awak tunggu saat kelegaan tu tiba . semakin hari , kelegaan tu semakin hampir pada diri awak . saya juga manusia biasa , pernah alami apa yang awak alami . rasa down sangatkan ? tapi tu memang sifat kita . lemah . sebab tu kita perlukan Allah . walaupun saya diuji , tapi Allah tersangat-sangatlah kasihkan saya . Dia sentiasa beri petunjuk pada diri saya agar saya dapat terus menjalani kehidupan seperti biasa . macam tu jugak awak semua . percayalah , Allah sentiasa dekat dan Allah sentiasa bersama orang yang bersabar .
Aasiif jika ada kata-kata yang mengguris hati awak . tak terniat langsung untuk mengguris hati awak yang membaca . semoga ada manfaatnya pada kalian . dan semoga Allah sentiasa merahmati kalian yang membaca . Allahumma Aamiin ~
Assalamualaikum .


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya , nescaya Allah akan 


mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari)


terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^