Tuesday 12 February 2013

HambaMu yang berdosa



                                                        
Assalamualaikum...
sedar tak sedar , sepanjang hidup kita ni.. banyak sangat benda dah berlaku . yang baik , yang buruk . semuanya pernah terjadi dalam kehidupan kita . adakah banyak peningkatan yang berlaku dalam diri kita ? amal kita bertambah atau makin berkurang ? jarak kita dengan Allah semakin jauh atau semakin dekat ? 

banyak sangat dosa yang kita dah buat . sedar atau tak , terlalu banyak sehingga tak terhitung banyaknya . astaghfirullah . :'( manusia ialah makhluk Allah yang paling istimewa sebab kita dikurniakan akal fikiran . tapi kenapa kita masih nak buat benda yang kita tahu berdosa sedangkan setiap hari ada je dosa kita yg masuk dalam buku amalan kita . kita macam sengaja nak tambahkan lagi dosa kita . Allahurabbi.. :'( 
Allah dah banyak sangat bagi nikmat pada kita . tapi kita ni takpernah rasa bersyukur . apa kita dapat seolah-olah semua datang dari usaha kita sendiri , kita lupa pada Dia . sodiss la dengan diri kita ni . Allah..

sebanyak mana pun amalan yang kita dah buat , adakah Allah akan terima ? adakah amalan baik kita ni lebih banyak daripada amalan buruk kita di saat hari pertimbangan nanti ? anugerah yang Allah kasi ni ? kita guna dengan baik tak ? mata , hidung , mulut , telinga.. kita guna tak dengan cara yang Dia mahukan ? tahu tak , disebabkan dosa kecil kita yg kita buat pada anugerah Allah semua tu boleh menghalang kita daripada buat kebaikan ? disebabkan dosa yg kita buat , mungkin Allah dah taknak terima kita buat benda baik , sebab dah banyaaaak sangat dosa kita buat ? Ya Allah.. macam mana nii ? kalau semua kebaikan kita ditolak ? bayangkan kalau kita di akhirat sana tengah menghadap Dia dengan dosa yang kita buat ? Allahurabbi.. takutnyaaa . :'( tapi... Allah tu Maha Pengampun . Allah tu Maha Penyayang . 

"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Az-Zumar : 53)


Allahurabbi.. macam tu sekali kasihnya Allah pada kita . cuba kita bayangkan , kita ni hitam legam.. hitam sangat2 , disebabkan dosa kita . kita tengah berdiri kat depan Allah yang Maha Mulia . apa yang kita nak buat ? boleh bayangkan tak ? Allah.. Allah.. takut sangat :'( malunya kita depan Allah . bayangkan kita tengah bercinta dengan kekasih , ada ke orang yang nak dengan kita kalau kita ni buruk , hitam legam , hati kotor , perangai tak elok . ada ke ? kita merayu rayu kat dia supaya dia terima kita . ada ke orang nak ? takde kan ? tapi Allah sanggup terima kita walau sehitam mana pun kita asalkan kita pohon keampunan daripadaNya . kasih sayang Allah tak kenal siapa , semuanya Dia sayang :')) tahu tak , Allah suka dan sayang sangat dengan hambaNya yang menangis-nangis memohon keampunan daripadaNya . :') 

sedar tak kita ni walau dah berkali-kali buat Allah kecewa , murka dengan sikap kita ni , tetap lagi beri nikmat pada kita . Allah hidupkan kita supaya kita dapat bertaubat pada Dia . tapi tak ramai yang sedar apa tujuan Allah hidupkan dirinya . Allah ni Maha luas kasih sayangNya . tak tahu la macam mana nak gambarkan . macam-macam Dia kurniakan untuk kita . Allah biarkan kita hidup dengan panduan Al-Quran dan hadis Rasulullah , tak ke tu tanda sayangnya Dia pada kita ? tapi kenapa kita ni , Allahu... tak tahu nak cakap apa . sentiasa buat Dia kecewa . kita mudah je ingat Dia waktu susah , waktu diuji . tapi susah sangat nak ingat Dia waktu kita senang , gembira di saat kita menikmati kurnianNya . kalau ada kawan kita yang hanya perlukan kita waktu dia susah . apa yang kita rasa ye ? mesti la marah , geram . semua ada kan ? tapi sedar tak kita , macam tu jugak la yang kita buat pada Dia , yang sentiasa sayang dan ingat kita . Allahurabbi.. Allah.. Allah.. Allah.. 

saya sedih sangat dengan manusia zaman sekarang termasuklah diri saya . cuba kita fikir , layak ke kita terima layanan yang baik daripada manusia sedangkan kita penuh dosa terhadap Allah ? layak ke ? Allah hantar ramai manusia yang layan kita dengan baik , tapi macam mana layanan kita terhadap Dia ? kita banyak sangat dosa pada Dia . kalau zaman dulu , bila orang buat dosa , Allah terus balas . tapi kita ni kita bersyukur sebab Allah bagi kita peluang untuk bertaubat . sayangkan Allah pada kita ? 

macam mana kita nak rasa kasih sayang Allah kalau kita tak pernah amik masa fikirkan segala nikmat yang Dia kurniakan . cuba amik masa dan fikirkan segala yang berlaku dalam hidup kita . masa tu kita akan rasa Allah.. :') sayang sangat Allah pada kita . Allahurabbi.. 
alangkah indahnya kehidupan kita kalau hati kita sentiasa ada Allah , sentiasa rindu nak beribadah pada Dia , sentiasa terfikirkan kasih sayang Dia pada kita . Allahu Allah.. :') saya sangat sangat sangat cemburu dengan mereka yang Allah pilih untuk bangun malam . 

Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur" . Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya .

Nampak tak kasih sayang Allah tu ? cemburu sangat2 . tapi.. kita boleh berdoa supaya Allah kejutkan kita untuk bangun malam kann ? Allah dengar doa-doa hambaNya . 

Saya minta maaf jika ada salah silap saya sepanjang penyampaian saya . ikhlas dari hati , saya sendiri banyak sangat salah silap yg saya buat . saya sendiri sedang menasihati diri saya yang serba kekurangan ini . mungkin awak yang membaca ni lebih baik daripada saya . jadi maaf jika ada kekurangan , perbetulkan saya jika ada silap . :(
Assalamualaikum . ^^



terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

No comments:

Post a Comment

huhuhu ^^ sila tinggalkan komen ye ? terima kasih sudi baca !