Wednesday 26 December 2012

Ya Rasulullah !

Assalamualaikum . semoga awak yang membaca dalam keadaan sihat . hihi ^^
saya harap awak dapat buka hati awak dan merasai apa yang hendak saya sampaikan .

zaman sekarang ni , dah tak ramai yang ingat Rasulullah . siapa Rasulullah pun dah tak kenal . Astaghfirullah.. cuba kita bayangkan apa perasaan baginda kalau tengok umat baginda zaman sekarang ni . memang susah untuk kita merasai cinta orang yang tak ada depan mata . tapi cuba kita ingat balik sejarah baginda . mesti akan timbul rasa kasih dan cinta terhadap baginda . saya pun baru sahaja membaca sirah baginda dari kecil sehingga baginda wafat . masih lagi membaca . sekarang baru sampai zaman dakwah secara kecil-kecilan . banyak lagi yang nak dibaca . lagipun bukunya tebal . tebal-tebal pun bukan halangan untuk kita mengingati riwayat hidup baginda kann ? insyaAllah biznillah , saya akan habiskan buku tu secepat mungkin . sebenarnya saya pun baru sedar yang baginda sangat cinta dan kasih kepada kita . malu sangat sebenarnya . masa tu saya tengah boring jadi saya pun bukak youtube . tiba-tiba teringin nak tengok ceramah ustaz don . kikiki . ternampak pulak "cinta rasul" jadi saya pun bukak . Allahurabbi.. lepas dengar ceramah yang ustaz don kasi , baru terasa betapa sayangnya baginda pada kita . malu sangat-sangat . mesti Rasulullah sedih sangat sebab kita langsung tak ingat baginda .

awak.. cuba kita fikir balik , sepanjang hidup kita , pernah tak kita berikan rasa kasih dan sayang kita kepada baginda ? tak berhak ke baginda terima kasih sayang kita ? tak berhak ke ? kenapa tak berhak ? kenapa ? siapa baginda yang tak layak terima kasih sayang kita ? Allah.. Allah.. sedangkan kita yang akan merayu mintak syafaat pada baginda . malunyaa.. kenapa kita tak boleh beri kasih sayang kita padanya ? kenapa ?

masa baginda mengajak umat-umatnya untuk memeluk Islam , baginda dibaling batu.. Ya Allah.. sakitnya . baginda dibaling BATU . bukan satu , banyak . tapi apa yang baginda cakap "Ya Allah , ampunkanlah mereka . mereka tidak tahu" sampai berdarah-darah . Allahurabbi.. malunya kita pada baginda . Ya Allah.. Ya Rasulullah..
tahu tak masa baginda wafat , Umar takboleh nak terima kenyataan yang baginda dah wafat . sampaikan beliau cakap "Nabi tak mati lagi , Nabi tidur sekejap je , sekejap lagi Nabi bangun . Nabi hidup lagi." sampaikan Umar cakap siapa yang cakap Nabi mati , beliau nak pancung . bila Abu Bakar tengok keadaan dah makin kelam kabut , maka beliau mententeramkan keadaan tu . Allah.. sayangnya mereka pada Rasulullah . kenapa kita tak boleh nak beri kasih sayang kita pada baginda yang sangat-sangat cinta dan rindu kan kita ?

Suatu saat Nabi Muhammad bertanya pada para Sahabat dan pengikutnya, “Wahai Manusia , siapakah makhluk Allah yang imannya paling menakjubkan (man a’jabul khalqi imanan)?”
Para sahabat langsung menjawab, “Malaikat … !”.
Nabi menukas, “Bagaimana mungkin para malaikat tidak berimaan sedangkan mereka pelaksana perintah Allah …?”
Sahabat menjawab lagi, “Kalau begitu, para Nabilah yang imannya paling menakjubkan …!”.
“Bagaimana mungkin para Nabi tidak beriman, sedangkan wahyu turun kepada mereka ..!”, Sahut Nabi.
Untuk ketiga kalinya para Sahabat mencoba untuk memberikan jawaban, “ Kalau begitu sahabat-sahabatmu ya Rasul..!”.
Nabi pun menolak jawaban itu dengan berkata, “Bagaimana mungkin sahabat-sahabatku tidak beriman, sedangkan mereka menyaksikan sendiri apa yang mereka saksikan”.
Nabi pun lalu meneruskan kalimatnya, “ Orang yang imannya paling menakjubkan adalah kaum yang akan datang sesudah kalian.
Mereka beriman kepadaku walaupun mereka tidak melihatku.
Mereka membenarkan aku tanpa pernah melihatku.
Mereka amalkan apa yang ada dalam tulisan itu (Quran dan Hadits).
Mereka bela aku seperti kalian membela aku.
ALANGKAH INGIN BERJUMPANYA AKU DENGAN IKHWANKU ITU."
Nabi Muhammad SAW menghibur kita, “Berbahagialah orang yang MELIHATKU dan beriman kepadaku,” Nabi mengucapkan kalimat ini SATU kali.
Sedangkan Nabi mengucapkan kalimat, “Berbahagialah orang yang beriman kepadaku padahal TIDAK PERNAH MELIHATKU”, sampai TUJUH KALI…
Allahurabbi..
senagaja saya besarkan beberapa ayat supaya awak membacanya dan dapat rasa yang baginda teramat-amat sayangkan kita .
awak.. kita umat baginda , jadi marilah kita bersama-sama meletakkan Allah dan Rasulullah sebagai cinta kita yang utama . marilah kita bersama-sama mengingati baginda Rasulullah . Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa'ala ali sayyidina Muhammad . :')
Sabda Rasulullah "sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah pada zaman kerosakan umat, Allah akan mmberikannya ganjaran 100 pahala mati syahid."
MasyaAllah , 100 pahala syahid , satu pahala syahid pun dan cukup utk kita masuk syurga , bayangkan , 100 ? masyaAllah tabarakallah :') 
jom sama-sama hidupkan sunnah baginda . berselawatlah pada baginda . sokonglah majlis-majlis MaulidurRasul . insyaAllah , akan lahirlah cinta dan kasih kita pada baginda . :') 

Aasiif jika ada kekurangan dalam penyampaian saya . insyaAllah biznillah , saya akan kongsikan lagi mengenai Rasulullah jika ada waktu terluang . 
percayalah , baginda sangat sayang dan rindukan kita . :')
bukak link ni ----> http://www.youtube.com/watch?v=zy0QSK6esLI
semoga penyampaian saya ada manfaatnya pada kalian . terima kasih sudi baca . semoga Allah merahmati kalian . :') Allahumma Aamiin ~
Assalamualaikum ^^

terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

No comments:

Post a Comment

huhuhu ^^ sila tinggalkan komen ye ? terima kasih sudi baca !