Thursday 27 December 2012

hati-hati menjaga hati ~




Assalamualaikum . ^^



hati ialah benda yang paling susah untuk kita jaga . terutamanya bila kita dah jatuh hati pada seseorang . cinta ni fitrah . semua manusia akan rasa . kita tak minta pun , tapi Allah yang hantarkan cinta tu dalam hati kita . tak normal la kalau ada orang takde perasaan cinta kann ? kalau ada jugak , kena hantar pergi hospital la . hahaha . gurau je . 
tapi sayang , ramai yang tak pandai jaga rasa cinta yang Allah kurniakan . kadang-kadang , tanpa kita sedar , kita dah terikut hawa nafsu . beruntunglah bagi mereka yang Allah jaga dia . Allah lindungi dia daripada terjebak dalam menuruti hawa nafsu . nafsu ni la yang paling paling jahat . so kita kena kasi setting dia biar sampai tahap nafsu mutmainnah . heee :)

kalau tengok zaman sekarang , ramai yang kalah dengan nafsu . ramai yang dah bercouple . sedangkan semua dah tahu kan COUPLE IS HARAM ! tapi ramai yang buat-buat tak tahu . sebenarnya ramai kan yang nak berubah . saya tahu , ramai yang nak berubah . saya suka sebab awak ada niat nak berubah . tapi ada yang menghalang niat awak untuk berubah kann ? yela , dengan nafsu yang makin besar , dengan bisikan syaitan yang tak habis-habis , tak henti-henti bisik kat telinga . hmm.. susah jugak kan ? memang mula-mula susah . saya pun pernah cuba tapi tetap kalah . susah sangat nak lawan . tapi Alhamdulillah , Allah tu Maha Baik . banyak kali saya cuba . tapi Alhamdulillah , syukur sangat . Dia tarik balik saya pada jalanNya . kadang-kadang bila dah buat , kita bertaubat . dalam hati cakap "aku dah taknak buat dah . tu kali terakhir aku buat" esok , buat balik . pastu bertaubat balik . kan kann ? cuba awak lawan semua musuh-musuh awak tu . ramai yang boleh berubah . kenapa awak tak boleh . awak boleh , awak kena yakin dengan diri awak . saya pun percaya dengan awak ! :DD

ramai yang bercouple tu sebab awak takutkan orang yang awak suka tu kena rampas la , takut dah kena cop la . apa lah . kan kann ? awak , Allah dah sediakan jodoh yang terbaik untuk awak . kenapa nak jugak endahkan janji Allah pada kita ? janji Allah itu pasti . Dia tak pernah kecewakan hamba-hambaNya . apa yang Allah tetapkan ada sebabnya . Allah taknak awak couple , supaya awak terselamat dari zina . Allah taknak awak couple , supaya awak jaga cinta awak tu untuk bakal zauj/zaujah awak . awak nak ke dia dapat yang second hand punya ? nak ke ? tak kesian ke kat dia ? so jaga hati awak tu . kalau pun awak bercouple dan akhirnya awak kahwin dengan dia , Allah akan tarik separuh dari kebahagiaan awak . nak ke camtu ? taknak kann ? cuba awak fikir , lepas kahwin , apa yang awak nak buat . kalau pasangan tu belum kenal , masa dah kahwin tu boleh la kenal-kenal . baru sweet sikit . tapi kalau awak dah kenal dia masa couple , dah kenal perangai dia semua . apa tinggal ? tak bestla cmtu .
saya tak nafikan . memang susah nak control . saya pun kadang-kadang takboleh nak kawal perasaan saya , apa nak buat ? mengadu je la pada yang mencipta perasaan tu . huhuh ^^ baru tenang sikit . heeee ~

cuba tengok pasangan yang dah putus , sedih kann ? susahkan nak lupakan dia ? haaa, sebab tu Allah taknak awak couple . awak asyik dok fikir dia yang memang takkan ada apa-apa manfaat untuk awak . sian bakal zauj/zaujah awak . awak bazirkan air mata awak semata-mata susah lupakan ex-boyfriend/girlfriend awak . kadang-kadang saya happy bila tengok ada yang dah putus n berharap yang dia takkan couple lagi . awak tak happy ke ? maknanya Allah nak tarik awak balik . Allah tak redha dengan hubungan awak . so kenapa tak amik iktibar dari apa yang dah terjadi dalam hidup awak . takpayah dah bercouple kalau taknak rasa sakit .

sebenarnya saya jelous dengan orang yang betul-betul hati dan perasaan dia untuk Allah . Allahurabbi.. indah sangat . percaya cakap saya , rasa dia indah teramat sangat . rasa tenang , rasa macam kalau ada pape kita mengadu pada Allah . betul tak tipu , saya pernah rasa . tapi rasa tu hilang bila saya suka pada seseorang . tapi Allah tarik balik saya untuk terus berada pada jalanNya . Alhamdulillah , tapi rasa yang saya rasa dulu dah hilang . susah nak dapat dah sekarang . saya masih lagi mencari rasa yang pernah saya rasa dulu . doakan saya yeaa ? antara orang yang jadi inspirasi saya ialah RABIATUL ADAWIYAH . haaa , kenal kann ? rasa cinta dia 100% untuk Allah je . sampai sanggup tak kahwin sebab takut dia akan banyak habiskan masa dengan suami dia n masa untuk Allah sikit je . Allah.. bestkaan ? hm... teringin jadi cmtu . huhuhu ^^ 
 
kalaupun awak ada simpan perasaan kat seseorang , biar ia menjadi rahsia antara awak dan Allah . saya dah dengar banyak cerita yang ada orang ni suka kat orang ni , dia simpan perasaan tu n Alhamdulillah , orang yang dia suka pun suka dia jugak . akhirnya kahwin . woaa :o sweetkann ? pastu ada yang dulu sekolah rendah simpan perasaan kat seseorang ni , then masa dewasa , kerja jumpa balik n akhirnya kahwin . huhu . tu orang cakap , kalau jodoh tak ke mana . ^^ awak.. Allah yang cipta perasaan ni , takkanlah Dia nak siksa kita dengan perasaan ni pulak ? Dia dah sediakan jodoh untuk kita . :) bersabarlah eh ? so , awak yang pilih . nak yang mana ? yang penting percaya pada Allah . okay ? hihik . 



saya minta maaf sangat kalau-kalau kata-kata saya menyinggung perasaan awak . awak fikirkalah kata-kata saya ni . saya doakan supaya awak yang nak berubah terus istiqomah . belum cuba belum tahu dongg . kikikiki .
Assalamualaikum . ^^


                                                                                         

                                                                                              

terima kasih sudi baca . heeeee ~ ^^

No comments:

Post a Comment

huhuhu ^^ sila tinggalkan komen ye ? terima kasih sudi baca !